Saturday, 10 March 2018

Wishlist | Buku Idaman di PBAKL 2018

Saturday, 10 March 2018
Assalamualaikum.

Kalau nak cakap pasal buku, terus terang cakap, buku ni ada satu magik yg sangat misteri. Walaupun orang kata, alaa zaman sekarang tak payah lah beli buku dah. Bazir duit jee. Lagipun boleh baca online, takpun tunggu je drama pukul 7.

Tapi korang perasan tak? 'Feeling' bila kita baca sesebuah buku itu sangat berbeza dengan apa yg kita baca online ataupun yg dah diadaptasi ke drama TV. Tak kesahla buku jenis apa pun.

Dari ke zaman sekolah, misteri itu masih tak dapat dirungkai bilamana kita dengan tiba²nya akan rasa mengantuk bila ngadap buku teks sejarah. -_- Memang penuh misteri kuasa sesebuah buku itu sehingga mampu membuatkan kita seakan 'masuk' ke dalam dunia penceritaan penulis. Sebab tu pentingnya pemilihan buku yg baik. Kalau buku tu melalut, kelaut juga lah perasaan kita. (Pernahkan baca buku yg jalan cerita dia mcm err -_-)


Actually bukan BUKU² itu yg ada kuasa misteri. Tapi isi cerita dalam sesebuah buku itu yg memberi rasa dan menghidupkannya. Cuba kalau kita baca buku online, tetiba masa tengah baca tu dapat pula msg or notification dari social media. Gerenti kita akan buka tengok notification tu dulu, ye tak?  At last scroll socmed je kan.;p Kalau kita baca buku tanpa gangguan gadget, ditemani pula secawan teh panas dalam cuaca yg asyik hujan je akhir akhir nii. Pehh. Rasa precious sangat moment tu. Feeling dia tak sama taw. Tak caya tryla buat.

Setiap tahun mesti akan tertunggu-tunggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) nii. Sebabnya boleh jumpa buku yg kita nakkk sangat. Kadang2 buku tu dijual dengan harga yg murah! Kebanyakan seller akan buat promosi kaw2 waktu pesta buku. Dahla dapat buku murah lepastu ada seller yg bagi gift pulak tu. Siapa tak suka benda free oiii T^T Paling best kalau bernasib baik dapatla jumpa penulis buku idaman kita kat sana boleh minta sign :p

Can't waittttt.

Untuk tak bazirkan waktu nak belek² buku kat PBAKL nanti, aku dah buat sesiap list buku idaman plus siap tengok review lagi okayy. :D Jarang² taw bersemangat waja macamni. ;p Better korang pun listkn jugak buku² yg nak dibeli plus baca dulu review buku online contoh macam dekat web goodreads, etc. Sebabnya faham² laa kat pesta buku confirm ramaii gilaaa orang. At least kalau dah list nanti senangla, tinggal cari jee. So here's my wishlist. Ehem.

1.  Budak Kelas Belakang: Langkahnya Panjang (Kaizan Nazlan)
Belakang parang jika diasah pasti akan tajam. Begitulah kata-kata yang tepat untuk ditujukan kepada golongan yang sering dipinggirkan terutamanya di medan akademik iaitu budak kelas belakang. Golongan yang hanya dipandang sebelah mata ini sebenarnya berpotensi besar melakukan perkara-perkara luar biasa. Lihat sahaja tokoh-tokoh dunia yang wujud pada hari ini. Suatu ketika dahulu, ada juga antara mereka pernah berada di kelas belakang.
2.  The Broken Girls (Simone St. James)
Vermont, 1950. There's a place for the girls whom no one wants--the troublemakers, the illegitimate, the too smart for their own good. It's called Idlewild Hall. And in the small town where it's located, there are rumors that the boarding school is haunted. Four roommates bond over their whispered fears, their budding friendship blossoming--until one of them mysteriously disappears.
3.  Split (Nurul Ain Syuhada)
Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.
4.  Kisah Seram Malam Jumaat 2 (Suzani Nadzir)
Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Bidan Sumiah, kerana harta sanggup mewarisi ilmu hitam yang salah, kisah seram Alya, Alya kembali menuntut dendam kepada mereka yang menyeksanya, kisah seram Kem Motivasi yang penuh tanda tanya dan menyeramkan dan kisah seram Hutan, memaparkan dendam lama sudah kembali.
5.  Semusim Di Mahsyar (Hadi Fayyadh)
Semusim Di Mahsyar sebuah rentetan sejarah peradaban. Dipaut Allah buat insan yang terpilih, merasai dan melalui kematian yang tidak lagi mampu digambarkan.
Ini antara buku yg aku rasa nak baca nanti, so aku letak sekali sinopsis pendek, nak review pun tak baca lagii kan. Kalau tengok pada list tu, genre yg aku minat kebanyakannya yg seram² gitu. Aku memang suka buku jenis adventure, thriller, mystery, yg ade self-help sikit. Kalau novel² yg fully pasal cinta je aku tak berapa nak minat. Saje aku listkan yg local punya writer (kecuali yg the broken girls tu) sebenarnya banyak dari writer luar, tapi kita support local dulu laa ;p

Senang kalau dah list apa yg kita nak beli, tapi kadang² tersasar juga daripada list T-T ada je buku lain yg kita angkut sekali terutama yg ada sale tu. Kann. ;p biasa aku buat list sebab malas nak tercari² dalam bersesak sesak tuu, sebab aku tak suka crowded T-T
Korang ada suggestion buku yg menarik? Boleh la share, tengah nak tambah list lagi nii ;p

Pesta buku kalini bertempat di PWTC (27 April - 6 Mei 2018) So, senanglah nak pergii. Naik public transport pun boleh taw. Biasa sebelum tibanya pesta buku, pihak penganjur banyak buat aktiviti² best. Korang boleh tengok sendiri kat page rasmi PBAKL okayy. Jumpa di PBAKL 2018 nanti! ;D


Page Rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk website - www.klibf.my

1 comment:

wani ezryl *

salam yasmin. hi!
just dropping by. sy baru check komen2 di blog dan nampak awak ada singgah ke blog sy, hujung tahun lepas. thank you! and sorry sebab baru dapat singgah sebab baru buka komen haha. hv a nice day!